farah
Ledakan teknologi ICT memudahkan urusan kehidupan kita. Maklumat berada di hujung jari kita.lebih-lebih lagi bila pengaruh Face book dalam kehidupan kita. Boleh dikatakan hampir semua pelajar yang boleh membaca memiliki akaun Face book. Namun tidak ramai tahu menggunakannya dengan cara yang betul.

Berikut  adalah 10 etika berFB untuk remaja:
1. Gunakan bahasa sopan kerana orang lain boleh menilai anda dari situ.
2. Pastikan anda tidak mengabaikan tugas anda sebagai muslim. Jangan abaikan solat.
3. Gunakan FB sebagai medium untuk menambah saham anda di akhirat. Banyakkan kata nasihat dan share sebarang link/video dakwah.
4. Jangan sebarkan berita palsu, fitnah dan menghasut.
5. Jangan upload gambar anda atau kenkawan anda yang mendedahkan aurat. Anda akan mendapat dosa kering 24 jam sehari selagi gambar itu dilihat orang.
6. Jangan menghantar mesej yang banyak (Spam) ke dinding ( wall) orang lain.
7. Tidak perlu beritahu dunia anda pening kepala atau sakit gigi. Orang lain akan rasa rimas dengan posting yang sebegitu.
8. Banyak game yang melalaikan dan membawa unsur yang tidak baik. Minta nasihat ibubapa anda.
9. Jika anda mempunyai kawan yang sering membuat posting yang anda tidak selesa, lucah atau menghina, keluarkan ia dari senarai kawan anda ( unfriend)
10. Jika anda membaca berita kematian atau kawan anda sakit jangan klik "like" sebaliknya ucapkan takziah dan doakan mereka pada ruangan komen.
Labels: 0 comments | edit post
farah

Tentu ramai yang sering bangun lewat semasa cuti sekolah ini. Tentu  ada juga yang bangun sekejap untuk solat subuh kemudian menyambung mimpi hingga matahari naik tinggi. Tabiat buruk ini perlu dihindari kerana ia mewarisi kepapaan.

Sebagai pelajar, kita perlu menetapkan jadual supaya bangun awal pagi , kemudian membuat kerja-kerja membantu ibu bapa di rumah. Sekolah pun akan dibuka tak lama lagi. Biasakan bangun awal supaya senang untuk bersiap ke sekolah nanti.

Jom Berubah!
farah
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Dipetik dari http://ohislam.com/malaikat-kecil/
farah
Labels: 0 comments | edit post
farah
Menjelang hari persekolahan yang akan tiba pada sesi 2012, kita kena bersiap sedia. Di samping pakaian sekolah, kita juga perlu bersiap sedia dengan cabaran di sesi yang baru. Risau juga rasa di hati kerana pada tahun depan saya akan menghadapi UPSR.

Persediaan utama ialah mental. Ayah sering mengingatkan saya supaya fokus kepada sesuatu tugas dengan hati yang tenang. Walaupun risau, kita perlu teruskan usaha untuk menggapai kejayaan. Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Oleh kerana saya adalah pelajar yang biasa, maka saya kena lakukan usaha yang luarbiasa!

Umi, Ayah...doakan saya!
farah
Mungkin ramai yang telah melupakan peristiwa Tsunami yang mengerunkan umat manusia seluruh dunia. Pada tarikh ini, di samping ratusan ribu manusia terkorban, tsunami juga membawa kerosakan teruk hingga menenggelamkan beberapa buah bandar. Malaysia juga tidak terlepas dari musibah itu.

Pastinya kita yang terselamat dari peristiwa itu mengambil iktibar dengan mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
Peristiwa dahsyat itu cukup mengerikan. Namun Kuasa Allah juga yang memelihara Masjid yang menjadi satu-satunya bangunan yang terselamat. Untuk apakah Allah menjadikan peristiwa itu sebegitu rupa?



Labels: 0 comments | edit post
farah
Berbagai pihak sibuk mengadakan persiapan  menjelang sambutan tahun baru Masehi 2012. Kita umat Islam masih lagi dalam mood menyambut tahun baru Hijrah 1433. Apapun sambutan yang hendak dibuat, kita perlu meletakkan Islam sebagai panduan.

Sebaiknya kita melakukan muhasabah atau memeriksa semula apa kejayaan atau kegagalan setahun yang lalu untuk membuat pembaikan. Adakah kehidupan kita yang telah berlalu menyumbang kepada kehidupan kita di akhirat?

Azam di tahun baru . Perbetulkan niat untuk melakukan yang terbaik kerana Allah.
farah
farah
farah
farah
Selamat datang. Semoga kita sama-sama dapat belajar dan berkongsi ilmu.